Thursday, July 20, 2017

Mak kita :)

Bila mak kau selalu suruh kau buat sesuatu,
                Kau rasa rimas, semacam hidup kau diselubungi dengan arahan-arahan mak kau.

Bila mak kau marah kerana asyik duduk dan tak buat kerja,
                Kau fikir mak kau memang tak suka tengok kau senang.

Bila mak kau sibuk dengan kerja dan kadangkala tak dengar bila kau bercakap dengannya,
                Kau geram sebab kau rasa mak kau macam tak sayang kau.

Bila mak kau sering saja ada kerja yang nak dibuat bila di rumah,
                Kau geram sebab tak lain tak bukan kau kena tolong dia buat kerja.

Bila mak kau suruh kau balik awal, dilarangnya kau merayap dengan kawan-kawan,
                Kau fikir dia masih tak sedar yang kau dah besar dan perlukan kebebasan.

Bila mak kau asyik tak bersependapat dengan kau,
                Kau ragu-ragu betulkah dia mak kau?

Bila mak kau asyik bersikap yang membuatkan kau tak senang hati,
                Kau rasa macam nak duduk jauh supaya kau tak perlu berhadapan dengan mak kau lagi.

Hoi, kau. Ya, kau yang asyik merungut pasal mak kau.

Semua situasi yang kau alami dengan mak kau tu,
                Bila dia marah kau, mengarah kau, merimaskan kau. Semua tu,
                                Sebab dia mak kau. Sebab kau anak dia.

Pada mulanya, aku nak kata yang kau ni tak bersyukur.

Tapi aku rasa, aku patut sedarkan kau dulu.
                Kau takkan dengar suara yang melahirkan kau tu kalau dia tak ada di sisi kau.
                Kau takkan dengar dia menyatakan kerisauan dalam tegurannya pada kau,
                                Saat kau leka dengan sikap darah muda kau tu.
                Kau takkan rasa kasih sayang dia kalau dia tak bekerja keras,
                                Mengurus keluarga, menyara keluarga. Dalam masa yang sama, menyara kau.

Dia mungkin mengecewakan kau, kadangkala.
                Sebab mak kau manusia biasa. Sedang kau tak sedar, mak kau sedang dan masih belajar
                                Dia masih belajar dari setiap kesilapannya dalam membesarkan kau.
                                                Berilah dia peluang. Beri diri kau peluang untuk terima kekurangan dia.

Mak kau tu sebenarnya berharga. Nikmat yang berharga sekali dalam dunia ni.
                Bebelan mak kau tu, marah dia, teguran dia,
                                Semua tu berharga. Takkan bila dah tak ada baru nak sedar?

Sekarang aku nak cakap, tolonglah
                Tolong senangkan mak kau. Tolong sabar dengan mak kau, jangan sakitkan hati dia.
                                Tolong bantu diri kau dapatkan keberkatan mak kau.

                                                Sebab dari situ kau dapat keberkatan Tuhan.

Monday, July 10, 2017

Good Friends worth Crowns

Good friends don't judge;
For they know;
That deep words won't budge

Time passes & they're still learning;
world changes & you're still travelling;
Through the dimensions of conflicts & achievements

They can be your ailments.

So that you know;
Being you is worthwhile;
For that turtle are meant to be slow;
As for courage never fail;
To make you grow

to be exactly saying;
Good friends wont make you frown

Shouldn't you give them the 'crown'?